Bismillahirahmanirrahim.
Okay, jangan pernah kau ungkit pasal CMP. Terasa bodoh bila mengenangkannya kembali. Teringat satu akronim dalam tajuk 'Stage 2-Composing.' KEEP IT SIMPLE STUPID. Sekarang ayat tersebut menjadi permainan lidah aku, Aida dan Jenab. Bezanya, kami menjadikannya ayat sinis dengan meletakkan tanda koma di situ.
KEEP IT SIMPLE, STUPID.
Hahaha lame. Ketawa sendirian bila mengenangkan ekspresi muka Jenab yang bersungguh sungguh ketawa. Oh, dan ya, ada satu soalan tadi menyuruh aku untuk menulis sebuah memo. PERSUASIVE MEMO. Apa itu persuasive memo?
Terminologi saya, persuasive memo ialah nota bunuh diri.
Ini kerana Madam mungkin akan terkejut membaca 'Persuasive Memo' aku. Yes, bila diingat kembali, nota bunuh diri pun takkan setragis 'Persuasive Memo' aku tadi. Entah apa aku merepek. Yang aku ingat, nama company angan angan yang telah aku cipta tadi CESY Holdings namanya. Misi dan visi syarikat semua aku main hentam keromo. Andaikata syarikat tersebut wujud dan akulah pengarahnya, okay. Mungkin akan terjadi kes bunuh diri beramai ramai.
Perkembangan terbaru.
Sesudah kelas BEL tamat, aku Aida Jenab Azfar dan Qisti keluar makan di Masjid Tanah. Kami singgah di satu kafe berhawa dingin, Bazahat namanya. Azfar mempunyai tanggapan negatif terhadap kafe sebegitu kerana beliau menyangka restoran berhawa dingin akan menghidangkan makanan yang mahal mahal belaka. Stereotaip. Selepas makanan dipesan, kami duduk dan masing masing menggelabah mengulangkaji Sociology. Aku pula dgn dunia aku, dan oh ya. Yogurt. Okay, pendekkan cerita. Semasa kami sedang makan, kebiasaannya kami akan bersembang macam kafe tu kami yang punya. Tapi rasa rasanya tadi keadaan agak terkawal. Aku ingat lagi, masa tu aku dan Aida sedang berceloteh tentang Qisti dan tabiat pelik beliau, makan sambil berpeluh. Sedang kami berbual, nenek sebelah meja tiba tiba me'negur' kami tanpa rasa bersalah.
'TAK ELOK MAKAN MASA BERCAKAP.'
Baca dengan nada marah orang tua.
Aida memandang aku dengan wajah bengang yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata kata. Keadaan terdiam seketika. Hati aku mula menyumpah nyeranah, cuma kali ini mulut aku dizip ketat. Orang tua kan, hormat jelah. Tiba tiba handphone aku bergetar menandakan ada mesej masuk. Daripada Aida. Isinya yang ringkas cukup membuatkan aku tersenyum seorang diri macam orang gila.
'Fuck nenek sebelah.'
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Itu reaksi pertama aku setelah membaca mesej beliau. Aku faham mengapa dia bengang, kerana nenek puaka tersebut telah memandang tepat ke arah Aida sewaktu kami di'tegur'.

Nenek itu sepatutnya bangga, kerana beliau berjaya menjadi hotstuff dikalangan budak Masscomm seperti kami tidak sampai 5 minit. *tepuk tangan*
Aida sepertinya sudah bersikap anti orang tua. Didalam kereta sewaktu perjalanan pulang, dia menjerit apabila aku bangkitkan isu nenek puaka itu. Mungkin dari anti kanak kanak, beliau akan berubah menjadi anti orang tua.
Okay, tiba tiba aku terasa idea aku disedut oleh nenek tua tersebut. DAMMIT.
Lupakan tentang itu.
Petang tadi, aku Aida Jenab dan Azfar berjalan bersama menuju ke pasar. Dan seperti biasa Jenab dgn suara pasarnya, Aida dengan errrr. Taktahu nak describe apa dan Azfar dgn handphone beliau seperti biasa. Sewaktu menunggu Aida bersiap tadi, Azfar dan Jenab membuat persembahan jalanan. Tanpa sebarang instrumen muzik, hanya ditemani MP3 dari telefon bimbit Azfar.
Zaman dah berubah, dunia dah maju.
Kami melepak bersama Ain dan Nunu di hadapan library. Aida dan Jenab bercanda mesra di tepi tasik, lagu berunsurkan cinta dipasang dan entahlah. Aku tidak tahu kalau kalau mereka benar serius tentang hubungan terlarang itu.
Okay, merepek maaf. Itu cuma salah satu semantik yang aku cipta untuk merancakkan suasana.
Dan aku telah mempelajari ayat baru hari ni. ONTOT. Singkatan daripada punggung *bahasa kasarnya. Ain ajar *sambil menuding jari telunjuk ke arah beliau. Setiap kali perbualan aku dgn wanita tersebut, akan terselit perkataan ini. Aku akui, ayat itu agak comel bagi seorang budak yang berusia 19 tahun. Sebab semakin usia meningkat, apa yang kita buat semua dah tak comel. Pathetic sangat hidup remaja ni kan.
Piknik kos rendah telah kami adakan di situ. Makan minum dan segalanya di situ. Dan juga agenda mengumpat kami. Pejalan kaki yang melintasi kami kerapkali menerima kritikan tidak berbayar. Seluar macam Aladdin lah, dia comel lah, oh ayat Ain. 'Dia comel angat, acam ontot.' Lame -.- Hahahaha.
Kemudian, sesuatu berlaku.
Semasa kami berjalan pulang ke kolej, aku dgn tidak rela dibuli oleh Jenab. Ditolak dan dikasari, aku cuma mampu pasrah. Hingga sampai satu saat, aku mencuba untuk melawan. Dan aku berjaya melumpuhkan sistem saraf manusia separuh wanita ini dengan sebaris ayat.
'Weh baju merah, kau sape? Babi, dah lah gemuk'
Dan reaksi beliau sangat mengejutkan. 5 saat selepas aku menghamburkan kata kata kesat tersebut, beliau melutut di tengah jalan beserta gelak ketawa yang tiada had. Aku agak terkesima dengan reaksi mengejut perempuan ini. Aida pula pantas memeluk beliau dan bantu beliau bangun. Jauh di sudut hati, aku terasa gusar kalau kalau ayat aku tadi ada unsur unsur sensitif. Ternyata tidak. Beliau bangun dan terus ketawa tanpa henti. Aku juga berjangkit dgn virus ketawa beliau. Bukan ketawa kerana apa yang baru terjadi sebentar tadi benar benar mencuit hati, tetapi ekpresi muka beliau sewaktu ketawa. Ah, lame. Kami singgah sebentar di tasik untuk mengambil angin petang. Dan tiada apa yang menarik.
Oh ya.
Tadi aku, Azlan, Azfar dan Jenab makan malam bersama di Jebat. Seperti biasa, nasi bujang tidak pernah gagal mengenyangkan aku. Jenab dan kuetiaw goreng PEDAS! beliau dan Azfar kini yang mempunyai selera yang sehaluan dengan aku. Maksud aku, makanan. Dan tiada apa yang menarik berlaku.
ESOK TEST CTU TAPI OTAK AKU KOSONG.
Waktu ini, 1.30 pagi. Aku masih membuang masa di laman sosialku. Sialan. Sebentar lagi tabiat aku akan datang menjenguk. Tertidur bersama netbook di riba. Ayah akan marah kalau dia tahu aku buat macam ni.
Aku mengantuk. Argh!
Selamat malam, kthanksbai.

nenek pon kena fuck?
ReplyDeletewahh..classic classic haha ;p