Currently in Sociology class. And well with the sleepyhead Aida, membuatkan aku pun rasa mengantuk. As usual, morning class is so-so-lame. Tonight with the CMP test. Ah midterm, 'great' life ahead. Memang great lah sebab sehelai muka surat pun aku tak baca. Bergantung hidup pada slide show yg lects bagi. Even slide show is boring, sometimes can be so boring much more than a book did. Jyeah, new haircut. And it seems to suit me so well *perasan. Oh, much conflicts happened lately.
Aida asyik tanya, 'lagi berapa slide nak habis?' with her muka mengantuk. Tu lah, tidur lambat lambat lagi. Aku pulak tidur awal tak kena masa. Masa midterm semua orang macam nak gila study. Aku pulak letak kepala kat bantal lepas tu terus tak sedar apa HAHA. Wake up with no regrets dgn otak kosong dan tidak diisi dgn pengetahuan subjek peperiksaan yg akan aku duduki malam ini. A'ah, sem ni aku memang akan dapat DL. Duduk Luar. Ah, Dismiss List tu mintak simpang la. Taknak mention HAHAHA. Aku memang dah genius. Tak belajar pun boleh dapat high mark. Tak belajar pun boleh je dapat Dekan. Okay, aku sedang perli diri sendiri. Aku tidak pernah bangga diri mengatakan aku genius kerana aku bukanlah genius. Aku hanyalah manusia biasa yang perlu mengulangkaji pelajaran sampai separuh gila hanya untuk mendapatkan satu huruf yang menentukan segalanya. A.
Oh, A. Bila sebut pasal A, aku jadi B. BLANK -.- Pagi pagi lagi aku sudah ke kelas sendirian. Kenapa pergi sorang? Oh, Aida dan kebiasaannya, lambat. Jenab sudah ada di kelas. Dan sesampainya di kelas, hanya beberapa wajah yg tercongok dgn muka mengantuk yang ada sambil menunggu lecturer datang. Terasa menyesal kerana datang ke kelas yang sepertinya terlalu awal. Selepas itu aku bermonolog sendirian. Perkara pertama yg aku buat sesampainya di kelas ialah berkunjung ke tempat Azfar. Semangat pasang lagu Jar Of Hearts-Sam Tsui cover. Sambil mengulas tentang penyanyi tersebut yang wajahnya seakan-akan Zac Efron, aku berlalu ke tempat duduk paling hadapan sekali, di tepi tingkap. Mengeluarkan netbook HP aku keluar dari beg aku yang penuh sampah. Oh kadangkala aku marah diri aku sendiri kerana membiarkan beg aku sarat dgn benda yang tidak diperlukan. Tetapi memarahi diri sendiri tidak memberi kesan -.- Dan beg aku sudah jadi seperti plastik sampah. Ah, beg aku. WHO CARES.
Okay, jauh tersasar dari topik sebenar. Maaf.
Aku menghidupkan netbook aku beserta nawaitu yang kononnya nak revise CMP. Tetapi aku tidak boleh lari dari rutin harian, Facebook. Laman sosial tersebut berjaya melalaikan aku untuk 15 minit. Kemudian aku sign out dan kali ini bersungguh nak study. Aku diganggu lagi. Tibatiba aku terasa nak sambung entry yang aku tak habis taip semalam. Sesudah post tersebut dipublish, aku kembali login Facebook. Nak letak badge kat blog. Okay done. Kemudian Aida bertanya lagi, 'berapa slide lagi nak habis?' Macam lame sangat dia tanya soalan tu okay. Lecturer sedang rancak mengajar. Konsentrasi aku hilang. Nunu yang duduk dibelakang aku menumpukan perhatian dgn muka sleepyhead beliau. Dan aku khusyuk ber-blogwalking. Aku terkejut kerana most of the blog yang telah aku lawati semua blog budak-budak. Dengan kerosakan bahasa yang mereka lakukan, OMG eyesore sangat okay. Terlalu banyak W didalam ayat mereka buat aku pening.
Okay, sesi pembelajaran sudah tamat.
Dan aku masih berfikir tentang masalah kewangan aku. Aida sudah kembali lincah setelah lampu kelas dibuka. Suasana terus berubah sebaik sahaja Mr. Rauf keluar dari kelas. Riuh rendah.
Tiba tiba, *kruuuk kruuuk kruuk* AKU LAPAR. Sekali lagi aku bermonolog sendirian tentang masalah kewangan aku. Di dalam purse aku yang serba coklat itu, hanya terdapat beberapa sen duit syiling. Duit kertas, NONE. Ah. Hidup sekarang kena jadi materialistik. Semua perlukan duit. Duit duit duit dan duit.
Merepek. Maaf.
Aku memerhatikan Jenab dan Aida. Mereka sibuk ber-bluetooth. Untunglah. Kemudian memerhatikan Zafirah yang cantik dgn skarf reben beliau. Comel okay, serius. Cat pula sedang menekupkan muka ke meja, lena dibuai mimpi walaupun suasana sekeliling bising dan penuh dgn jeritan. Megat datang dan menuntut RM3 daripada aku untuk birthday cake Tira yang mereka beli tempoh hari. Okay, semua orang mintak duit. Tertekan okay tertekan. Aku tak dapat rasa pun cake tu -.-
Mungkin memang betul apa yang aku repekkan tadi. Hidup kena jadi materialistik.
Aida dan Jenab kelihatan sangat gay. Berpelukan di khalayak umum tanpa rasa segan. Dengan posisi Aida yang duduk di riba Jenab, perbuatan mereka sungguh meloyakan bagi mereka yang tidak mengenali dua insan yg kurang waras ini. Tetapi aku sudah masak dengan perangai mereka. Apalagi apabila kami hanya tinggal bertiga didalam bilik *seperti semalam*, sepertinya kelakuan mereka semakin tidak terbatas.
*kruuk kruuk kruuk* Perut berbunyi lagi.
Masih duduk di hadapan pejabat Mr. Rauf, menunggu beliau selesai dengan urusan beliau. Mereka sibuk mengimbas kejadian semalam. Kejadian di mana Aida meracau dan hilang akal. Aku hanya mampu tersenyum. Bukan kerana aku tidak mempunyai emosi, tapi kerana aku lapar.
Itu 30 minit yang lalu.
Semasa perjalanan keluar menuju ke Medan Selera Lendu, kami berselisih dgn Azwan, roommate aku dan Auni. Aida, aku dan Jenab berkonflik dengan Auni, tetapi aku menarik diri dari konflik tersebut secara mendadak apabila aku ternampak seseorang melintasi aku. Wajah aku terus bersinar dan aku tersenyum lebar.
PUJAAN HATI.
Dia dan beg coklat dia yang pernah aku tolong bawakan dahulu semasa first kami menghabiskan waktu bersama. Baju kotak kotak hitam, dan gaya rambut yang kacak. Azfar kata dia tak handsome. Ah, persetankan semua itu. Dia sangat comel di mata aku. Lagi lagi bila dia tersenyum. Cair jiwa perempuan aku. Sebenarnya jiwa dan fikiran aku sudah dipenuhi oleh wajah dia tadi. Aku terasa menyesal kerana terlepas peluang untuk menyapa dia. Aku cuma berharap dia perasan akan kehadiran aku di situ. Aku sukakan dia. Tetapi aku seolah-olah tidak mempunyai peluang untuk menzahirkan perasaan aku yang sudah sekian lama terpendam.
Lupakan dia sekejap.
Tiba di Medan Selera, kami semua sedang menikmati makanan tengahari kami. Sedang aku menyuap Nasi Goreng Pattaya, tiba tiba seseorang membuka cerita tentang seseorang yang pernah aku minati dalam diam dahulu. Mungkin aku patut boldkan perkataan DAHULU itu. Aku dikejutkan dgn cerita makhluk tersebut yang ingin meniru gaya default picture aku di laman sosial Facebook. Oh mungkin dia ingin mencuba untuk berso-sial dengan berbuat begitu. Aku sendiri tidak faham akan motif sebenar beliau ingin meniru gaya aku bergambar. Tetapi aku biarkan. Terselit rasa bangga kerana gaya bergambar aku sekurang-kurangnya dikagumi oleh seseorang HAHAHAHA.
Okay, membangga diri tu berdosa Nad.
Aku rasa sampai disini kisah aku. Mungkin aku akan terbitkan kisah ini episod demi episod. Berhenti sebentar untuk solat Zuhur, dan qada' solat Isyak dan Subuh yang telah aku tinggalkan. Baik aku berdoa mintak dosa dosa diampunkan sebelum aku menambah dosa lagi di dalam entry akan datang. Azan sudah berkumandang. Assolatukhairuminannaum atau dalam bahasa Melayunya solat itu lebih baik daripada tidur. Selamat tengahari kawan kawan. Assalamualaikum. :)


macam lahana*!! haha. aku dan muka tidur x dapat dipisahkan.oke. hahaha!
ReplyDelete