Saturday, May 14, 2011

Zaman Tak Matang.

Pernah tak masa kecik kecik dulu korang pecahkan pasu mak korang? Takpun sepak bola anak jiran korang sampai masuk longkang?

Tak pernah? Alalala suci shangaittt *mata ke atas, tangan ke dada*

Zaman kanak kanak semuanya best. Walaupun kena buli dengan budak lelaki yang tak berapa nak handsome, tapi semuanya seronok. Main galah sampai seluar koyak, main guli sampai subuh, main betukar betukar ala ala Power Rangers, main kad Pokemon, lepas tu dah kalah gaduh lepas tu masing masing cakap dgn kawan lain, "jangan kawan dia." -_-

Masa kecik kecik,  aku perosak barang. Aku ada lima puluh lima sebab untuk dibenci oleh jiran jiran aku dan juga mama aku sendiri sebab aku terlalu banyak merosakkan barang. Taklah rosak, cacat sikit je. Semua manusia buat silap. *muka bidadari* Tapi mama aku tak pernah benci aku. Terima kasih Softlan sebab buat cadar saya bau macam mama. Saya sayang mama.

Aku pernah calarkan mesin basuh baru yang ayah aku beli tak sampai sejam. Malahan plastik pun belum habis bukak sangat. Mama suruh aku sidai kain, dah harap maklum ye masa aku kecik aku pemalas tahap tenggiling gemuk. So dengan muncung yang boleh sangkut lima pasang baju, aku angkat bakul besar menuju ke arah mesin basuh. Yelah nak sidai kain of course kena angkut kain dari mesin dulu. Sebab malas, aku main letak je bakul tu kat tepi mesin dan aku dengar bunyi yang bakal mendatangkan bencana kepada aku setengah jam kemudian. Sreeet bunyi bakul berlanggar dgn mesin basuh baru. Aku terus menjengahkan kepala aku di tempat kejadian dan melihat calar halus ala ala kuman sepanjang lima cm. Eh aku tak ukur pun sebenarnya. Tapi panjang jugak macam tali kasut adik aku dipotong separuh. Aku menggelabah, aku toleh sekeliling. Ayah tengah basuh kereta, mama tengah tengok sinetron Indonesia. Adik adik aku memang selamat tiada di rumah. Line clear. Aku berlakon macam takde pape dan anehnya kerana menggelabah aku dah tak buat muncung lagi. Seperti yang aku jangkakan, setengah jam kemudian, aku dengar bebelan dari ayah. Dan mama juga ada di dapur. Aku dah tau dah. Aku turun bawah dengan muka yang pasrah dan dibebel selama satu jam. Aku bukannya sengaja pun -_-

Jatuh cinta zaman kanak kanak bila diingat balik boleh buat aku senyum sorang sorang masa memerut. Kadang kadang ketawa tanpa motif yang jelas dan mungkin orang akan fikir aku gila. Hello, you can read mind eh? -.- Aku jatuh cinta dgn anak jiran aku, nama dia Hanif. *ingat lagi woo HAHAHAHA* Dia badan gempal sikit je, tapi die omey angat! Dia ada lesung pipit bawah mata bila dia senyum and dia pendek. Masa tu cinta belum kira ketinggian hahaha. Dia duduk betul betul sebelah pintu rumah aku. Aku sebenarnya lemah nak describe jenis rumah ni sebab aku malas nak amik tahu pun. Aku cakap ikut sedap tangan je. Aku selalu main guli dengan Hanif ni. Kerana dia, aku dah jadi shemale. Separuh lelaki separuh perempuan. Kerana dia aku rajin bangun pagi. Kerana dia aku mula merajinkan diri gosok gigi dan pakai macam lelaki yang cantik. Kerana dia aku makan cover cover depan dia sebab taknak kasi muka aku comot. Selalu pagi pagi dia akan panggil aku, ajak aku main guli sambil duduk kat longkang depan rumah aku. Longkang kecik bukan longkang berbau. Dia selalu pakai tshirt dengan seluar pendek. Alahai handsomenya *insert inlove smiley here* Lepas tu kitorang selalu breakfast sama sama. Tak perlulah nak gerai mamak segala, kitorang selalu breakfast kat dapur rumah dia takpun dapur rumah aku. MUAHAHAHA. Kitorang selalu spend time together, main guli, main galah, main kad, beli Din Dang sama sama *guna duit dia of course* kitorang main lumba basikal sama sama, pendek kata semua sama samalah. Dia selalu belanja aku jajan Super Ring, kalau aku merajuk mesti dia belikan jajan tu dua bungkus lepas tu makan sama sama. Hehehehehe sweet tak sweet tak? Masa raya dia bonceng aku naik basikal pergi beraya dengan kawan kawan lelaki dia yang lain pergi kutip duit raya kat rumah orang. Jap jap. Jangan fikir aku duduk macam perempuan Melayu terakhir kat seat belakang basikal tu. Aku duduk TERKANGKANG, maklumlerr pengaruh buah hati sampai aku jadi sejantan itu. Lepas tu lagi sweet bila dia tak habis makan kuih raya, kuih tu dia bagi aku. *okay kenapa aku senyum sorang sorang* Oh ya, tinggalkan masa raya. Well, lelaki cepat matang kononnya dan dia pun makin lama makin kearah lelaki dewasa. Aku je belum dewasa masa tu dan lepas tu aku menerima berita dukacita yang bapak aku pindah rumah senyap senyap tanpa pengetahuan aku. Dan dia pindah lepas aku balik sekolah, membuatkan aku terpinga pinga taktau nak pergi mana. 

Dan yang terbaru, dia dah jadi mat rempit. Sedihnya hmphh.

Masa kecik kecik, money is everything. Dapat duit banyak sikit ha mula lah nak borong jajan, beli gasing apa ntah nama dia. Oh haa Beyblade. Aku gelak bila sebut Beyblade tu sebab aku terasa macam lame sangat haha. Ironinya aku sedang gelakkan diri aku sendiri. Oh paling heaven masa aku kumpul duit raya then keputusan UPSR aku bagus ayah belikan Playstation. Masa tu aku tak pandang Hanif, aku cuma pandang CD game je. Aku selalu main wrestling, dan aku benci main Resident Evil bodo-bodo tu. Zombi kartun sememangnya tidak menyeramkan LANGSUNG tapi dia suka muncul kat mana mana lepas tu sergah orang. Dan aku selalu tersasar serta hilang fokus nak menembak. Screw you zombi hodoh -.-

Masa kecik kecik dulu, selalu berangan pasal masa depan. Cita cita nak jadi apa, nak rumah besar, nak beli kereta, nak kahwin dgn pakcik bermisai yang naik motor Harley Davidson, nak cari bakal suami yang handsome macam Iqram Dinzly and nak dressing macam Elyana sebab masa tu tengah top cerita Dunia Baru. 






Pejam celik pejam celik, aku dah masuk U. Dah besar kata mama. 19 tahun, tapi banyak sangat perangai aku yang belum berubah. Contoh ; pemalas. Mama kata perangai tu takkan berubah sampai bila bila muahahaha. 

Dan sekarang, boyfriend aku bukannya Hanif tapi Ungku Nazrin Ungku Ali. Hahahahahahaha dah boleh kahwin :p ok bye.

4 comments:

  1. hahaha, nice2..zaman tak matang, ape pun boleh jadi. tapi, bile diingat nak gelak pun ade.

    ReplyDelete
  2. yaaaaaaaaaah (nada lemah) aku rindu zaman jantan aku.

    ReplyDelete
  3. Fatien, haha kan? Rindu zaman tak matang. :/

    ReplyDelete
  4. Aida, kau pernah ada zaman jantan ke? :O

    ReplyDelete