Saturday, May 3, 2014

Pesimis.

Cerita kali ini mungkin bercampur. Mungkin tidak. Sebab semakin hari otak aku semakin mendap duduk rumah. Assalamualaikum. 

Pukul 1.30 pagi dan aku masih berjaga. Macam biasa, aku sedang menempah eyebag satu lori kontena untuk bekalan hari esok. Tengok, awal awal lagi aku dah tersasar daripada tujuan sebenar. 

Dari zaman sekolah lagi, aku dah terbiasa dengan sifat pesimis. Pesimis maksudnya negative all the time, lebih kurang gitu la. Aku macam tak boleh hadam positiviti dalam minda aku. Apa apa hal, mesti aku panik. Mesti aku fikir bukan bukan. 

Aku dah lalui macam macam perkara sejak aku kecil. Aku pernah dibuli sewaktu sekolah rendah, dan aku seorang yang sangat cengeng. Pernah, ada orang sorokkan kasut sekolah aku dan tinggalkan aku sebelah je untuk aku pakai. Aku pakai, dan kaki kiri aku yang tak beralas, bengkak digigit semut api. Sampai sekarang aku tak tahu siapa si celaka yang buat macam tu. 

Ok apa kena mengena dengan pesimis? Lek lu.

Sekolah menengah banyak mengajar aku erti kehidupan. Dari orang yang aku paling sayang pergi meninggalkan aku, sampai ke perubahan diri aku yang paling drastik sekali, membuat aku sedar yang aku dah banyak membazirkan masa. 

"Masa itu emas, cuma bukan dalam bentuk jongkong."

Kembali kepada tajuk pesimis.

Ada sesetengah insan yang aku tak tahu apa kepentingannya dalam hidup aku, tak suka sifat pesimis yang aku ada. Mereka fikir aku dah tak ada unsur positif. Atuk awak. Aku boleh katakan, pesimis ni menyerupai ego aku. Menguasai sebahagian besar diri aku, dan menyelamatkan aku daripada pelbagai benda yang aku tak sangka aku mampu survive. Tak semua negativiti menyusahkan. Tak semua positiviti menguntungkan. Setiap perkara ada sisi tersendiri. Waktu ini, sayangnya, otak aku terlalu tepu untuk mengemukakan sebarang contoh tentang bagaimana menjadi pesimis dapat menyelamatkan aku dari pelbagai benda. Tapi, ada satu perkara yang seorang optimis takkan dapat ajar kepada aku. Jangan letak harapan tinggi-tinggi. Jangan berharap. Jangan pernah fikir pun pasal berharap. Kadang, aku keliru sama ada itu sisi pesimis aku atau ego aku yang bercakap. Aku lebih gemar biarkan mereka (sisi pesimis dan ego) berbual di fikiran. Dan kawal segala perbuatan. Aku senang, walaupun ada sesetengah benda yang mereka buat menjejaskan aku sedikit sebanyak. 

Dalam dunia ni kita ada 4 jenis orang. Pesimis, optimis, realis dan oportunis. Disebabkan aku seorang pesimis, aku dah ada mindset yang pesimis akan survive paling lama kalau nak dibandingkan dengan si realis, oportunis dan optimis ni. Pesimis ni akan selalu berjaga jaga dengan sebarang kemungkinan, menjadikan dia seorang yang berhati hati dalam pergerakan dia. Orang yang bukan pesimis takkan tahu apa rasa jadi pesimis. Tapi dari sudut pandangan aku, pesimis ni pandangan dia luas. Bagi dia satu situasi dan he can make 1001 bad assumptions out of it. 

Musuh utama si pesimis adalah si optimis. Aku benci orang optimis. Kadang berharap tak kena tempat. Kalau kau seorang perempuan dan kereta kau rosak kat tengah jalan yang sunyi, kau nak berharap lagi ke ada putera raja yang berniat luhur datang nak selamatkan kau? Kepala butoh. Zaman sekarang optimistik adalah salah satu ciri ciri yang tak boleh nak dipraktikkan selalu. Omputeh kata "prepare for the worst to come". Kau dah mesti fikir skop seorang pesimis dalam situasi tadi kan? Brader, undur sikit kebelakang. Aku tau kau mesti fikir orang pesimis ni akan menggelabah bila terperangkap dalam situasi tersebut. Kalau betul kau fikir macam tu, makan kismis banyak banyak.

Sebab apa aku kata salah?

Sebab orang pesimis ni kebanyakannya paranoid dan berpandangan jauh. Sebelum keluar rumah lagi dia akan fikir seribu satu possibilities yang mungkin terjadi. Jadi sebelum dia keluar rumah, dia akan servis kereta dan cek takde apa apa yang rosak. Dia akan fikir jalan alternatif selain daripada jalan yang sunyi. Kalau dia seorang perempuan, barangkali dia akan pakai cawat besi. Seorang pesimis boleh cari jalan keluar yang mungkin seorang optimis pun tak dapat fikir dengan hanya berpaksikan paranoia. Lagipun dalam dunia ni aura positif dah semakin menipis jadi apa gunanya asyik berharap benda yang tak pasti. 



Its all about survival of the fittest these days, baby. Make it better or die trying. Selamat malam dunia. 

No comments:

Post a Comment