Aku tanya pada hati, apa sebab benci.
Hati senyap, sunyi sepi.
Aku tanya pada minda, apa sebabnya.
Minda terdiam seribu bahasa.
Dahulu, kau kusanjung tinggi.
Aku letak kau teratas dalam kedudukan hati.
Aku sayang kau bagai nak mati.
Aku percaya kau, lebih dari aku percaya diri sendiri.
Tekankan perkataan dahulu.
Mana aku tahu kau akan berubah.
Ternyata, kau hanyalah seorang bedebah.
Kau biarkan aku rebah.
Dan aku yang tanggung sendiri, mencuba untuk tabah.
Kau limpahkan aku dengan kata kata manis.
Aku sayang kau.
Aku takkan tinggalkan kau.
Kenapa menipu?
Kenapa kau ingat aku takkan tahu?
Kenapa kau cuba selindung penipuan kau dengan kata kata manis bersalut gula tebu?
Dan saat aku mula kembali berdiri, kau datang kembali.
Kau kata kau rindu.
Kau kata aku kau perlu.
Heh.
Sesenang itu kau campak dan kutip aku?
Maaf, aku bukan sampah.
Dan kata kata manis yang kau suapkan aku dulu, tolong telan dan jangan luah.
Telan, telan sampai kau muntah.
Walaupun kebencian takkan dapat mengubah apa apa, aku tak kisah.
Dan tolong tahu, aku menyesal kerana selalu ada di waktu engkau susah.
Dimana wajah penipu kau diwaktu aku memerlukan?
Kau tiada, kau sedikit pun tak hairan.
Cermin diri, pusing hati.
Jangan tanya mengapa aku begini.
Aku malas nak fikir lagi.
Kau dengan hidup kau, sekarang dah boleh pergi mati.
Aku dah benci.


No comments:
Post a Comment