Wednesday, September 5, 2012

Fakap.

Assalamualaikum. Oi berzaman aku tak update. Maklumlah sejak masuk semester ni, kesibukan aku mengalahkan Rosmah Mansur dan persatuan ibu ibu tunggal beliau. (betul ke aku eja nama bapak dia tu)

Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni. Banyak, dan aku pun tak kuasa nak listkan satu satu. Bukannya korang nak baca pun. Yang penting, aku agak tak terusus memandangkan aku terlalu sibuk membuang masa dan assignment. Terurus, maksud aku.

Sepatutnya sekarang ni aku kena fikir idea dan start menghafal berita untuk newscasting aku hari Jumaat nanti. Dah la dwibahasa. Babi. Aku tertekan sebab 1) kelas lain cuma buat satu bahasa 2) kelas aku kena buat dua bahasa 3) kena cari video yang berkaitan dengan berita aku. Aku tak tahu lah kenapa palatnya hidup aku ni. Dia bagi satu kata kunci; garam. Berita untuk bahasa Inggeris aku dah siapkan dengan cemerlang, tang bahasa ibunda sendiri aku terus mati akal nak buat berita pasal apa. Gudang Garam (rokok) diharamkan? Ada lagi ke rokok tu dipasaran? Para pekerja asing ditangkap kerana menyeludup garam masuk ke Malaysia? Kejadah apa diorang nak seludup garam? Baik seludup mercun ke, seluar dalam ke, menguntungkan jugak. Ah. Aku mati akal. Kalau akal aku belum mati pun, aku rela set time bomb biar meletup. Kot kot boleh jadi alasan konkrit mengapa aku tak perlu baca berita merepek berkaitan dengan garam.

Pendek kata, hidup aku sekarang lebih kurang macam neraka. Metaphorically. Cuma tak ada api dan.. tipu kalau kata tak panas sebab cuaca di Lendu dah cukup membuatkan kulit aku bertukar bangsa dari Melayu kepada India. 

Disini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Zima kerana memperkenalkan kepada aku sesuatu yang dinamakan "laughing gas". Benda tu macam entah ah doh, hilang stress doh. Walaupun aku ketawa cam gampang tanpa sebab yang munasabah dan berperilaku seperti perempuan meroyan hilang anak, tapi benda tu mengurangkan rasa stress. Dan harga benda alah tu, nokhorom mahal. RM30. Sekarang tengah zaman muflis hujung sem, so kira mahal la tu. Kenapa duit tak tumbuh dekat pokok (walaupun pokok duit-duit tu wujud) kenapa tak ada hujan duit dan syiling. Hmm.

Tak ada masa nak fikir pasal cinta. Sebenarnya aku pun dah malas. Bercinta dengan pokok lagi bagus daripada bercinta dengan orang. Agak agak pokok tu cari pasal dengan aku, aku tebang je. Oh bercakap pasal pokok, haritu aku ada nampak satu quote "bercinta tu ibarat memeluk kaktus. Sakit dan penuh duri" aku tak tahu la tapi aku rasa tu quote paling bangang aku pernah nampak. Persoalan; 1) kau pahal nak peluk pokok kaktus? 2) Dah tau benda tu berduri, pahal nak peluk lagi? 3) Kau ni sebenarnya baru lepas minum air ketum ke? Ok pertanyaan ketiga tu macam kurang relevan.

Weh celaka apa aku merepek ni. Dahla, aku nak sambung mereka cerita pasal berita aku ni. Kalau aku tak dapat A untuk subject celaka ni, memang aku sumbat pisang dekat ekzos kereta Miss. Tapi ni cuma ugutan separa serius sebab kereta Miss yang mana satu pun aku tak tahu. Boleh tahan bengap aku ni.



Ah. Ok bye.

No comments:

Post a Comment