Cakap pasal jodoh, fikir pasal kahwin. Gatal betul. Kadang kadang ada juga terfikir, bila nak jumpa jodoh. Bila kita datang majlis kengkawan yang dah selamat diijabkabul dengan jodoh memasing, mula lah meroyan fikir pasal masa depan. Aku pun sama, sebenarnya. Maaflah kalau aku pandai sangat berlakon sampai kau orang tak boleh nampak betapa gatalnya aku ni sebenarnya bila diungkit soal kahwin hahahahaha.
Jodoh tak mengira rupa. Kedut tak kedut, kalau dah tertulis dekat Luh Mahfuz si kedut tu jodoh kau, lari lah sampai kehujung dunia dia masih akan jadi jodoh kau, peneman kau hidup dan mati. Kalau dah cinta mati, kau kira apa punggung berkurap ke, kulit bersisik ke, cinta tetap cinta. Kalau boleh nak sampai ke syurga Jannah katanya. Betul kan apa aku cakap? Jangan nak bangkang.
Memanglah sebelum kau jumpa jodoh kau, yang kau nak semua sedap mata memandang. Bukan mata kau sorang je, mata semua orang. Riak wei riak kalau dapat yang seumpama tu. Siapa tak kembang, "eh boyfriend kau handsome gila//eh girlfriend kau hot sial" eh siapa tak kembang. Memang, sebelum kau jumpa si dia, kau akan mencari yang ikut cita rasa. Aku pun sama.
Tapi untuk satu ketika, bila aku betul dah jatuh cinta, muka tolak tepi. Sayang butakan mata hati. Kadang aku tak percaya cinta itu memang buta. Tapi perspektif aku terus berubah bila nampak boyfriend handsome, girlfriend muka dahsyat berjerawat. Samalah macam girlfriend yang memang cantik tak terungkap, boyfriend pulak muka perompak. Dan diorang nampak sangat bahagia, aku pun tak pasti jika itu cuma lakonan semata tetapi mereka berjaya meyakinkan aku. Mohon bila terjadi situasi sebegini di depan mata, jangan buat muka musykil, muka penuh tanda tanya. Itu namanya jodoh. Mungkin lebih kepada cinta itu buta, mungkin jodoh. Siapa tahu? Pandai pandai je kau cakap diorang tak padan.
Satu hari, kau akan jumpa orang yang sepadan dengan kau. Orang yang namanya ditulis bersebelahan dengan nama kau di Luh Mahfuz. Kau mungkin diuji dengan paras rupanya. Barangkali, muka kacak nak arwah, sampai semua perempuan nak goda dia. Mungkin sebaliknya, sampaikan bila kau berjalan berdua dengannya, orang tak berhenti melemparkan pandangan bangsat terhadap korang. Hahahaha itu sangat mengundang. Mungkin.. kau akan diuji dengan tingkah lakunya. Bila baik sangat, kau bosan. Tak romantik, lagilah bosan. Bila perangai macam bingai, rasa macam nak tinggal. Begitulah. Kita pun tak tahu macam mana kita diuji nanti.
Rumusannya, janganlah memilih sangat. Nak nak muka macam Lisa Surihani, Channing Tatum, memang tak mendapat lah kau. Jangan dibina impian setinggi langit kalau tangga 8 tingkat pun belum tentu kau cukup berstamina nak daki. Carilah yang sedap mata memandang, garap pegangan agamanya. Janganlah semata mata kau baca post aku ni, kau terus nak try sangkut dengan mamat mamat indon entah mana mana kau jumpa. Biarkan dia datang sendiri. Kau relaks jelah, apa yang nak dirusuhkan. Betul? Janji cukup 4 kriteria, harta, agama, keturunan dan rupa. Sorry lah kalau aku tak sebut ikut susunan. Tapi ingat, bercinta jangan sampai jadi bodoh. Simpan maruah, letak dalam peti besi. Tak kira lah lelaki, perempuan atau mungkin jantina lain yang diragui kewujudannya. Kalau dia dah taknak, angkat kaki. Jangan dikejar benda yang tak pasti, nanti sendiri sakit hati. Dia pergi, ramai lagi yang mari. Tak usah cari, biar dia datang sendiri. Amboi sepuluh kerat. Sekianlah sampai disitu, salam Jumaat wahai penghuni dunia.


No comments:
Post a Comment