Monday, September 19, 2011

Kalau ada jodoh, adalah tuu.


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Aku baru saja usai menduduki paper BEL311 aku dimana aku tahu, aku akan kehilangan banyak markah sbb aku tak buat citation dan references di dalam article aku.


Hmm.


Entry ni akan jadi entry yg jiwang jugaklah kot. Sebab aku nak cakap niii, aku rasa aku macam dah mula gila bayang. Dekat siapa? Eh sibuk jelah.


Hmm.


Aku taktahu kenapa kebelakangan ni aku tak boleh berhenti memikirkan dia. Pusing sana pusing sini, aku mulai sedar yg aku sedang mencari wajahnya. Dimana mana. Terasa macam nak bagi description yg lebih detail pasal dia, tapi hmm.. takpelah. Aku taknak dia tahu pun aku dah mula rasa suka kat dia.


Sejak kejadian hari tu, aku dah mula menaruh rasa cinta. Tiap tiap hari aku akan teringat kemesraan kami dan perasaan aku terus berbunga. Tapi dia dah berpunya. Ah kalau dia single pun belum tentu aku dapat dia.


Kerapkali aku mimpikan dia. Mula mula jarang jarang, bertukar menjadi kadang kadang dan kemudian hari hari, setiap kali aku tidur, pasti ada mimpi.


Sial lah, apabenda ni?


Hmm.


Apabila aku duduk bersama housemate dan bercerita, datang isu teman lelaki aku mesti teringat dia. Angan aku tinggi, terlalu tinggi mengalahkan Mat Jenin. Eh lebih kurang lah sbb Mat Jenin nak kahwin dgn puteri raja dan aku pulak.. hmm hmm nak memiliki dia.


Hmm. 


Tapi dia dah ada yg punya. Perasaan serba salah terus merusuh di jiwa. Aku bukanlah jenis perempuan yg merampas hak orang lain. Jauh tersimpang dari prinsip hidup. Tetapi dengan dia.. aku tak tahu. Mungkin salah, mungkin betul. 


Hmm.


Di saat aku terlihatkan dia, hati aku melonjak gembira. Aku cuba kawal dgn satu senyuman bersahaja. Dan teguran yg selamba. Buat relaks je, aku pun taknak dia perasan yang aku tengah berlagak cool depan dia. Tapi apa yg aku pasti, sejurus selepas bertemu dengannya, senyumanku pasti lebar hingga ke telinga. 


Hmm.


Aku rasa lame bila tulis ayat berbunga. Salahkan perasaan bodoh ni, salahkan dia.


Hmm. 


Kadang kadang aku rasa putus asa, tatkala aku cuba menghampirinya tapi respons yang aku dapat cuma lah hampa. Mungkin dia takkan menjadi milik aku, mungkin bukan sekarang atau selamanya. Mungkin selepas ini aku akan move on, cari lelaki lain walaupun hati aku ni dah tersangkut habis dekat dia.


Hmm.


Oh tadi aku nampak dia berbaju biru, berseorangan. Aku pula berkurung biru, apabila terlihatkan dia, terasa di awangan seketika. Ingin rasanya hendak menyapa, tapi dalam hati, hmm takpelah. Nanti aku cuma akan pulang dengan bayangan wajahnya yg semakin menggila dan hati aku semakin hampa.


Tapi warna baju kami sama. Jodohkah mungkin?




Ah sudah.

No comments:

Post a Comment