Sunday, July 31, 2011

Selamat datang, bulan keberkatan.

Assalamualaikum.

Sorry lama sangat dah aku tak update blog. Niat tu ada tapi terlalu banyak cerita yang aku tak habis type and last last terus masuk draft. Dan bila nak sambung cerita tu balik, otak aku dah kering. 

Btw, dah nak puasa. Sekejapnya masa berlalu. Sekejap lagi birthday aku muahaha. Bulan Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan kali kedua aku berpuasa jauh dari family. Masa tahun pertama dulu cengeng, puasa sorang sorang. Rindu sangat kat mak bapak. Makan sambil menangis. Biasalah emogurlzZz memang macam tu.

Dulu kat rumah, first day puasa aku dah macam ikan paus terdampar. Lepas sahur, solat subuh sebab mama takkan kasi aku membuta dengan aman selagi aku tak solat. Lepas solat, tidur. Lepas tu bangun, lapar. Mandi jap then tidur balik. Solat dah tentu dah. Lepas tu bangun tidur makin lapar dan perut aku dah macam orkestra. Aku nak sambung tidur dah tak boleh tapi tetap memaksa diri mencuba untuk tidur dengan harapan bila aku bukak mata, hidangan berbuka dah terbentang luas di depan mata aku. Aku silap. Sebagai seorang anak perempuan mithali, mama kata aku haruslah menolong beliau memasak di dapur. Dan aku selalu berebut nak pergi pasar ramadhan dengan ayah tapi ditinggalkan begitu sahaja. Lupa ke? Aku kan anak perempuan mithali, mana boleh keluar waktu berbuka. Kena tolong memasak. Ok tu mama yang kata.

Dulu masa puasa dengan family, aku masih lagi budak perempuan yang berfikiran lelaki. Aku kira kira umur aku waktu tu baru darjah 5 atau 6. Dan kawan kawan aku semua budak lelaki yang konon konon hero tapi sebenarnya kuat nangis. Bulan puasa pun kitorang bantai main guli, main galah main Power Rangers Kamen Riders semuanya, dan energy kami macam tiada had. Tapi iman aku kuat. Sedang mereka minum air kotak perisa oren dengan rakus, aku hanya memerhatikan sambil menelan air liur. Ada kawan aku yang lain sibuk meratah ayam percik yang diorang curi daripada dapur rumah mereka dan makan di depan aku. Bangsat mereka. Takpe esok puasa hari ni boleh mencarut lagi muahaha.

Akan tetapi, pada suatu petang yang memenatkan selepas aku habis berlumba basikal dengan konco konco aku, aku masuk ke rumah dan melihat mama makan dengan selamba di depan aku *insert muka terkejut here* seolah olah ni bukan bulan puasa. Dan aku bertindak memarahi mama kerana ponteng puasa tak ajak aku -.- aku anak yang tak berguna, ok.

Dan tatkala waktu berbuka tiba, aku jadi manusia paling tamak di dunia. Dah macam tak makan lima belas tahun pun ada. Mama yang kata. Ayam percik, murtabak, karipap nasi ayam semua aku sumbat. Air tembikai susu satu jag, air cincau setengah besen. Aku makan dah serupa setan. Mama yang kata. 


Ok, aku rindu mama dan ayam masak kicap beliau. Tetiba emo. Ok bai.

No comments:

Post a Comment